Friday 21 June 2013

Apa..? Malaysia masuk FIFA...?

Malaysia..? FIFA..?

Hari mendung, langit suram, matahari menunduk, awan menangis, petir merintih, meratap sedih seperti anak kehilangan ibu, suami kehilangan isteri. Seolah-olah mereka memahami diriku.

Hidup suram, tiada pedoman, hilang arah tujuan, tanpa pegangan, mencari sesuatu yang hilang agar hidup kembali gemilang, jauh dari maksiat jahiliyyah.

Aku terus membawa diriku. Terus ke alam yang aku tak pasti di mana. Tetapi, jauh dari rahmat tuhan, petunjuk Rabb. Namun, jauh dari lubuk hatiku. Aku ingin ‘mencari kembali’. Suatu sinar yang aku pernah merasainya, menikmatinya.

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Fuhh! Sungguh enak, lazat, dan mengeliurkan. Tapi aku leka, aku alpa, makhluk durjana itu takkan pernah kenal erti mengaku kalah. Untuk menyesatkan musuh tradisinya.

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
(Al-A’araf,7:17)

Hamdi sudah memberi amaran kepadaku. Entri untuk diisi di kolum buletin edisi ke-29. Aku mengendahkan dia. Diri yang kembali bergelumang dengan maksiat jahiliyah ini merasakan tidak layak untuk bercerita, apatah lagi mahu berdakwah dengan pena. Nanti, orang kata perasan pula!

Hari jahiliyah ku teruskan dengan meng’scroll’ muka buku. Tiba-tiba, aku terperasan satu post di group ‘MariJelajahHavardEastPantai’ !

‘Remember! Remember! Jangan lupa kita dah masuk 1 rejab hari ni. Antara peristiwa yang berlaku pada bulan rejab ialah peristiwa israq mikraj iaitu pada 27 rejab. Shouldn't we start from now to prepare ourself to greet Ramadan this year?’

Hatiku terpanah, jantung berderai, jiwa remuk! Pernah aku bercita-cita, mengejar suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Namun, usaha ku langsung tidak menggambarkan ianya adalah cita-cita. Dan, akhirnya ia terkubur sebagai angan-angan.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar,39:53)

Mataku berlopak. Menahan air terjun ingin jatuh mambanjiri pipiku yang kemerahan. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Sungguh tak sangka begitu luas rahmatNya. Walau dosa ku sebesar dunia ini sekalipun akan DIA hapuskan. Jika aku kembali padaNya sebelum kembali buat selamanya.

Mungkin ini petunjuk dari DIA. Sungguh! Dia yang memilih untuk siapa diberikan petunjuk. Jalan aku masih panjang, takkan aku berhenti di sini. Dengan lafaz agung, aku mulakan kolum bagi edisi ke-2 ini. Bismillah…

JOM MENANAM!

Anda pernah membantu ibu atau nenek anda bercucuk tanam di kebun belakang rumah? Atau  sekurang-kurangnya pernah anda bermain permainan ‘farm ville’ di laman muka buku?

Tapi, apa kaitan nak menanam dengan bulan Rejab ini. Mana lah ada kebun nak menanam dekat MJII ni. Kalau ada pun, semua untuk student OISCA. Lagipun, takde masa laa student MJHEP nak bercucuk tanam laa apa laa. Shukudai, test, report. Huish! Tak cukup tangan ni.

Anda pernah dengar ulama feymes al-Balkhi bercerita tentang rejab. Mudah analoginya!

Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.
(Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi)

Kita inginkan hasil yang lumayan, yang menguntungkan. Tapi kita malas nak berusaha dari awal. Ibaratnya sama seperti kita target untuk mendapat  dean’s list, tapi usaha kita tidak melayakkan untuk mengejarnya. Inilah yang saya katakan tadi impian yanh hanya tinggal angan-angan.

Seperti Mat Jenin; yang melakar impian di atas pokok untuk menjadi orang kaya dengan sebatang pokok kelapa di hadapan rumahnya. Namun sayangnya, dia tidak terus melaksanakan. Dia hanya melayan impiannya tanpa usaha sedikit pun. Akhirnya, impian tinggal angan-angan Mat Jenin.

Cuba anda bayangkan, Mat Jenin terus turun daripada pokok itu, dan terus menjual kelapanya. Saya yakin dan amat pasti dia akan menjadi seorang yang amat kaya sehinggah mampu menjadi perdana menteri pada masa itu. Sungguh!

Ya, sama seperti Rejab ini. Jika anda mahu pastikan anda mampu untuk mengutip seberapa banyak ‘buah’ pada Ramadan nanti, make sure anda harus menanam benih-benih yang baik pada Rejab ini.

Dan, pada Syaaban pula korbankan sedikit waktu untuk membeli ‘baja’ dan ‘menyiram dan membaja’ pokok anda tadi. Kemudian, pada Ramadan nanti anda akan dapati anda dapat menuai ‘buah-buah’ yang masak ranum. Bahkan tiada seekor ulat pun dapat mengusiknya.

Anda tahu untuk apa buah itu? Ya, tepat! Untuk bekalan tatkala anda ‘lapar’. Saat anda dan saya dan kita semua sedang memerlukan sesuatu untuk kita berjumpa DIA dia sana suatu hari nanti. One fine day!

“Alaa, Ramadan tu kan lambat lagi. Sempat je kut kalau 1 Ramadan nanti kita start. Terus sprint!”

Persoalan sekarang, adakah anda yakin anda mampu untuk memecut laju seperti Usain Bolt atau Asafa Powell? Bimbang nanti tersungkur pula dek kerana terlalu laju mengejar.

Baiklah, analoginya mudah. Anda bayangkan K.Rajagopal menyasarkan Malaysia akan ke World Cup 2018. Tapi, K.Rajagopal ingin memulakan sesi pemilihan dan latihan untuk pemain pada tahun 2017.
Saya rasa, tak payah tanya anda sudah dapat meneka jawapannya.

Tepat! Malaysia tidak akan layak untuk memasuki World Cup 2018! Dan selamanya tidak akan maju bola sepak Malaysia tanpa perancangan dan persediaan yang rapi.

Jika anda, saya dan kita semua ingin melakukan sesuatu yang BESAR. Kena laa training dari awal. Bahkan Datuk K.Rajagopal sekali pun, jika ingin skuad bola sepak Malaysia ke arena World Cup 2018, Beliau perlu bertindak sekarang. Mencari pemain muda, menubuhkan akademi bola sepak, hire jurulatih yang berpengalaman, dan peluang Malaysia untuk ke World Cup 2018 dapat tercapai.

Begitu juga dengan hasrat anda tadi. Ingin mengejar malam seribu bulan! Takkan dapat diperolehi jika anda tidak bersedia, jika saya tidak training daripada sekarang dan jika kita masih menagguh hingga ke saat terakhir. Takut silap-silap terlepas ke Syawal.

BraderJepp 

No comments:

Post a Comment