Saturday 8 June 2013

Kata anda da'ie, tapi...

Tapi...

‘DA’IE!’


Seram sejuk mendengarkan perkataan itu. Bukan perkataan biasa. Tapi, suatu gelaran yang tidak semua boleh dapatkan. Bukan seperti gelaran dato’, tan sri atau datin berseri-seri. Tidak boleh di jual beli. Ia juga tiada di tepian pantai. Eceh…

Ya, sungguh! Ia satu gelaran yang pada saya, di dalamnya terdapat dua macam, dua jiwa, dua bagai perasaan yang sukar untuk digambarkan. Aduh!

Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’)
(Hadis Riwayat Muslim)

Satu, apabila anda merasakan anda layak digelar DA’IE. Maka, pastinya hidung anda akan sekejap-sekejap kembang kempis dek kerana terasa bangga. Seakan-akan Rasul junjungan itu, bercerita tentang anda. Hewhew…  

Anda tahu bukan! Zaman ini, zaman fitnah ini! Islam itu, tidak lagi dipandang mulia. Tidak lagi dijadikan cara hidup. Bahkan ada yang bukan main susah untuk mengamalkan hidup dengan islam. solat entah kemana, puasa melencong ke sini dan ke sana! Aduhai…

Dan zaman akhir ini lah, manusia sejagat. Bahkan, orang islam sendiri pun sudah menganggap islam ini sangat ekstrim! Mereka yang menjaga solat, puasa dianggap ekstrim.

 Mereka yang menghidupkan sunnah Muhammad s.a.w dipandang ekstrim! Mereka yang berbulatan, merelakan diri ditarbiyah, dan memaksa diri berdakwah dituduh EKSTRIM, kolot dan loser. Sobs…

Kedua, hanya anda, yang faham di sebalik semua ini! Akan terasa diri anda bertanggungjawab dan dengan muka selambanya mengangkat tangan tinggi-tinggi untuk volunteer, menggelar diri sendiri.

Ya, aku lah DA’IE!

Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu
(At-Tahrim,6:66)

Hiraukan segala tuduhan, bisikan, dan tohmahan. Anda harus bangkit! Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan bicara. Teruskan berjalan! Sungguh, anda di jalan yang benar. Bantu diri, ibu, ayah, adik, kakak, abang, sahabat dan taulan, sanak dan saudara! Bantu mereka, keluar dari rumah terbakar ini!

Tapi, di sebalik semua ini. Ada sesuatu, kita terlepas pandang. Ada seperkara kita, terlupa toleh. Anda, saya dan kita semua alpa, leka dan mamai.

Ya, kita menggelar diri kita ini seorang DA’IE! Tapi, kenapa kita masih…

1)      Kita kata, kita da’ie, menyampaikan al-Haq! Tapi, kita masih bermain ala-ala ‘one-two’ dalam permainan bola sepak antara jahiliah dan tarbiyah dakwah. Padahal, dah mmg terang lagi bersuluh. Setitik kordial pun, even rasa air tak effect, warna air pasti berubah!
2)      Kita kata, kitalah khalifah allah sejati, tapi nak tegak berdiri, di malam hari, bersendiri dengan ILAHI (Eceh, macam pantun), alahai… bukan main payah. Bahkan, nak tolak selimut tak sampai sekilo tu, sampai sejam baru boleh bangun subuh. Sobss…
3)      Kita kata, kita ikhwah sejati, akhawat berdedikasi! Berdaurah sana sini, muhayyam ke sana ke mari. Tapi, dengan ikhwah dan akhawat  yang lain, tak boleh kena nasihat, sepatah tegur, amekaw! Seratus empat belas dia lawan balik. Sekali ikhwah dan akhawat bertukar pendapat idea. ‘Eh, tak boleh! Idea aku je betul ni!’. Amboi.., bukan main takabbur…
4)      Kita mengaku, kita mengikut tarbiyah, kita berdakwah, berada di jalan ALLAH. Tapi.., kita terleka. Kita masih bertepuk tampar, berkenyit-kenyitan, senggol-senggolan sesama ikwah-akhawat. Masih, ber’hye-hye byebye’ ikhwah dan akhawat, terbahak-bahak sampai tak tahan pundi menahan air. Habis hilang, punah, berderai segala tarbiyah dan dakwah.

Brader, sister, ikhwah dan akhawat! Sedar lah! Anda bukan orang biasa, tahu? Anda adalah DA’IE! Membawa tugas nabi. Apa ingat dakwah tu kerja nabi, ustaz, murabbi, atau naqib sahaja?

Haa, tahu pun. Kita semua sedar, kita bukan orang biasa. Kita KHALIFAH, kita DA’IE! Tak malu ke, orang kata nanti…

‘Eh, dia tu bukan budak bulatan gembira ke. Sama je macam kita. Buat penat je laa, seminggu dua jam merelakan diri ditarbiyah’

‘Timah, kau tahu? Si Melah tu, alaa budak usrah tu… Bukan main tiap-tiap malam tidur lambat, bergayut macam monyet! Dengar kata dengan si Jamil pulak tu, budak usrah juga…’

‘Oiii Milah, kau tengok tu Samat tengah borak manja dengan Jijah. Mak oiiii, geli aku. Siap dengan senyuman menggoda lagi…Eh, bukan dia geng ‘bolat-bolat riang’ ke?

Ergh! Jepp? Merah mata tu, tidur lambat ehh semalam…

Jujur saudara, saudari. Saya sedih, dengan sikap saya. Dan anda juga patut kecewa jika kita masih belum keluar dari kepompong jahiliyah ini. Memang, kadang kala tak perasan.

Dan itulah gunanya, sesama ikhwah, sesama akhawat. Saling menegur. Bukan antara ikhwah dan akhawat. Errr, takut nanti jadi lain pulak kan…

‘Tapi Jepp, kitorang saling beringat apa, saling tukar tazkirah, tukar ayat, hadis. Siap ingatkan suruh solat, puasa sunnat, miss call suruh qiam lagi bro, kau ada? Calon Baitul Muslim kut!’

Uhuk! Ada seterepsil tak?

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
(Al-A’raf,7:17)

Hmmm, nak tanya boleh? Anda yang sedang membaca umur berapa? Cer komper siket ngn umur si iblis tu. Ha, tahu pun. Kalau dia nak goda orang yang baik, yang aktif, agresif ber’tarbiyah dakwah’ ni. Takkan dia pakai, cara biasa-biasa.

So, what should we do?

Haa! Tepat sekali! Mencegah lebih baik dari merawat kan?

So, tunggu apa lagi ikhwah akhawat? Tinggalkan jom semua tu? Takpe laa, orang kata ekstrim ke apa. Dapat title ghuraba’ weh! Sapa nak bagi? Nabi je bagi, rebut laa apa lagi? Hehe

-BraderJepp- 

P/S: Sungguh! Ini bukan lah teguran kepada anda. Ini adalah catatan buat diri sendiri. Jika ada yang baik jadikan ibrah. Hanya ini yang termampu untuk bersama mengejar redhanya. Allah berfirman:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga `Adn" serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
(At-Taubah,9:72)

Syurga kan besar? Saya taknak masuk sorang-sorang. Uhibbukum fillah! Err, ikhwah sahaja okeyh! Hehe..

1 comment: