Thursday 22 August 2013

TIPS sambut syawal tanpa lupakan ramadan

bai ramadan, tahun depan jumpa lagi..


“Errr, tengah enjoy konvoi raya, open house, nak kena ingat lagi ke ramadan tu. Throw back ke apa.”

Hey! Haruslah kena sentiasa ingat atuk Ramadan tu. Tahun depan kan nak jumpa dia lagi. So, sini ada TIPS sikit. JOM !

1.    Jangan terus berhenti !

Anda pernah menyertai acara larian merentas desa atau bermain selaku wakil sekolah pertandingan bola sepak peringkat daerah atau yang sewaktu dengannya? Cuba lepas lari sejauh 7km tu, anda terus berhenti. Pastinya anda akan mengalami kejang otot dan sakit sendi ! Saya yakin !

Begitu juga dengan sambutan ramadan. Dah sebulan puasa, qiam, khatam quran. Jangan terus berhenti! Macam-macam anda boleh buat nak elak kejang otot.

Anda boleh sambung puasa enam. Ganjaran tak usah cerita! Tak payah sibuk puasa Isnin Khamis, free-free je dapat puasa setahun.

Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun) 
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll)

2.    Keep your momentum !

Anda pasti pernah belajar fizik. Tak kisah lah dengan sensei Amir atau sensei Ahfo. Tapi, kita semua pasti kenal akan tajuk momentum. Hanya dengan menggunakan equation (p=mv) cukup untuk kita fahami konsep momentum.

Kalau masa ramadan, anda orang paling awal ke surau, teruskan! Kalau masa ramadan, setiap hari anda infaq RM 1 di tabung surau, teruskan walau berkurang sikit, 50 sen ke jadi lah.

Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3.    Keep calm and make a wish !

Kalau raya krismas, deepavali, bahkan hari jadi pun ada ucapan. Hari raya aidilfitri pun ada. Cuma ucapannya lain sikit dari biasa. Mungkin ini kali pertama anda mendengar. Begini bunyinya;

                              تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ 
Maksud:
Semoga Allah menerima (amalan di bulan ramadan) daripada kami dan daripada anda

4.    Bergembiralah di hari-hari syawal !

Mungkin ada antara kita, yang bersedih hati perginya syawal. Betul lah tu kita harus bersedih perginya bulan yang amalan kita diganda-ganda.

Tapi, bagaimana kalau saya katakan pada anda perasaan itu berlaku kepada mereka yang tidak menggunakan ramadan itu sebaik mungkin. Jadi, mereka menyesal dan teresak-esak di pagi Syawal.

Anda yang sudah buat sehabis mungkin, pasti akan berasa lega ibarat penat berlari merentas desa dan menang no satu gitu. Anda akan berasa puas ! Betul ?

…….Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka (Aidilfitri) dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya……
(Sahih Muslim 1118)
..BraderJepp..

Alhamdulillah, brader jepp dapat meneruskan kerja2 dakwah ini di dalam kolum buletin di tempat belajar braderjepp. Harap anda dapat berikan semangat dan dorongan agar braderjepp terus tsabat di jalan ini. Biizdnillah..