bai ramadan, tahun depan jumpa lagi.. |
“Errr, tengah enjoy
konvoi raya, open house, nak kena ingat lagi ke ramadan tu. Throw back ke apa.”
Hey! Haruslah kena
sentiasa ingat atuk Ramadan tu. Tahun depan kan nak jumpa dia lagi. So, sini
ada TIPS sikit. JOM !
1.
Jangan
terus berhenti !
Anda pernah menyertai
acara larian merentas desa atau bermain selaku wakil sekolah pertandingan bola sepak
peringkat daerah atau yang sewaktu dengannya? Cuba lepas lari sejauh 7km tu,
anda terus berhenti. Pastinya anda akan mengalami kejang otot dan sakit sendi !
Saya yakin !
Begitu juga dengan
sambutan ramadan. Dah sebulan puasa, qiam, khatam quran. Jangan terus berhenti!
Macam-macam anda boleh buat nak elak kejang otot.
Anda boleh sambung
puasa enam. Ganjaran tak usah cerita! Tak payah sibuk puasa Isnin Khamis,
free-free je dapat puasa setahun.
Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)
Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll)
2.
Keep
your momentum !
Anda pasti pernah
belajar fizik. Tak kisah lah dengan sensei Amir atau sensei Ahfo. Tapi, kita
semua pasti kenal akan tajuk momentum. Hanya dengan menggunakan equation (p=mv)
cukup untuk kita fahami konsep momentum.
Kalau masa ramadan,
anda orang paling awal ke surau, teruskan! Kalau masa ramadan, setiap hari anda
infaq RM 1 di tabung surau, teruskan walau berkurang sikit, 50 sen ke jadi lah.
Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya
Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah
amalan yang berterusan walaupun sedikit.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3.
Keep
calm and make a wish !
Kalau raya krismas,
deepavali, bahkan hari jadi pun ada ucapan. Hari raya aidilfitri pun ada. Cuma ucapannya
lain sikit dari biasa. Mungkin ini kali pertama anda mendengar. Begini bunyinya;
تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
Maksud:
Semoga Allah menerima (amalan di bulan ramadan) daripada
kami dan daripada anda
4.
Bergembiralah
di hari-hari syawal !
Mungkin ada antara
kita, yang bersedih hati perginya syawal. Betul lah tu kita harus bersedih
perginya bulan yang amalan kita diganda-ganda.
Tapi, bagaimana kalau
saya katakan pada anda perasaan itu berlaku kepada mereka yang tidak
menggunakan ramadan itu sebaik mungkin. Jadi, mereka menyesal dan teresak-esak
di pagi Syawal.
Anda yang sudah buat
sehabis mungkin, pasti akan berasa lega ibarat penat berlari merentas desa dan
menang no satu gitu. Anda akan berasa puas ! Betul ?
(Sahih Muslim 1118)
..BraderJepp..
No comments:
Post a Comment