Wednesday, 12 March 2014

Ke mana #MH370..?

Jangan pernah berputus asa ! Kerna rahmat Allah itu ada. 

Menjadi kebiasaan, setiap pagi kita akan dikejutkan dengan alarm yang kita pasang sebelum tidur. Tetapi pada sabtu 8 Mac, kita satu dunia dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat MH370. Aneh memang aneh !

Hilangnya pesawat ini menjadi semakin misteri walau setelah hampir seminggu usaha mencari diteruskan dengan pelbagai aset tercanggih dunia digunakan oleh beberapa negara yang turut membantu. Namun segala usaha itu gagal.

Tak kurang juga pakcik bersongkok hitam yang turut ingin membantu. Tetapi pada saya mungkin pakcik tersebut tersalah tempat. Kerana alat-alat yang digunakan adalah alat untuk menangkap ikan. Tak gitu..?

Chop ! Anda sedar atau tidak, betapa hilangnya MH370 ini memberi banyak perubahan kepada masyarakat kita. Rakyat kita kembali bersatu dengan doa dan solat hajat yang tidak putus-putus. Tambahan oula, meningkatkan hubungan antara negara-negara jiran. Selain itu, ia memberi kesedaran bahaw.....

Cukup-cukup ! Macam menjawab soalan esei sejarah SPM pula rasanya.

Kalau anda berfikir sejenak, bukan sahaja MH370 ini sahaja pernah mengalami kes kehilangan. Anda juga pasti mengalami kehilangan yang berupa jam tangan, telefon selular, barang kemas, alat solek dan bermacam lagi. Atau mungkin juga anda mengalami kehilangan buayafriend atau gilafriend. *bukan typo*

Tetapi, pernahkah anda mengalami kehilangan jiwa anda..? Ya, sehingga akhirnya menjadi jiwa kosong seperti yang kita bincangkan pada forum yang pertama dulu.

Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(Al-mukminum, 23:115)

Ketahuilah, anda adalah milik kekal Yang Maha Pencipta. Dan, anda tidak diciptakan utk main sorok-sorok seperti zaman kanak-kanak dahulu. Sehinggakan, anda hilang jiwa anda. Buntu, arah mana yang harus anda ikuti.

Kehidupan ini bukan ibarat jalan di sungai yang anda tidak perlu pilih mana satu jalan yang benar. Tetapi, kehidupan ini ibarat jalan raya yang bersimpang-simpang. Kita sentiasa terdedah kepada pilihan dan pilihan mana adalah jalan yang diredhai Tuhan.

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
(Al-an'am, 6:116)

Sekarang tugas anda untuk kembali mencari jiwa anda yang telah hilang. Bukan guna bomoh atau pawang. Tetapi jawapannya ada pada naskah yang baik tersusun di para surau. Bukan untuk ditunjuk atau ditayang. Bukalah, dan bacalah. Yakinlah, itulah kalam Allah ! Supaya kita tahu, apa yang Sang Pencipta katakan pada yang dicipta.

-BraderJepp-

Di sini BraderJepp mengambil kesempatan agar kita tidak putus mendoakan penumpang dan krew MH370 agar selamat semuanya. Dan mendoakan agar keluarga mereka terus kuat emosi dan jiwa menghadapi ujian ini.

Thursday, 22 August 2013

TIPS sambut syawal tanpa lupakan ramadan

bai ramadan, tahun depan jumpa lagi..


“Errr, tengah enjoy konvoi raya, open house, nak kena ingat lagi ke ramadan tu. Throw back ke apa.”

Hey! Haruslah kena sentiasa ingat atuk Ramadan tu. Tahun depan kan nak jumpa dia lagi. So, sini ada TIPS sikit. JOM !

1.    Jangan terus berhenti !

Anda pernah menyertai acara larian merentas desa atau bermain selaku wakil sekolah pertandingan bola sepak peringkat daerah atau yang sewaktu dengannya? Cuba lepas lari sejauh 7km tu, anda terus berhenti. Pastinya anda akan mengalami kejang otot dan sakit sendi ! Saya yakin !

Begitu juga dengan sambutan ramadan. Dah sebulan puasa, qiam, khatam quran. Jangan terus berhenti! Macam-macam anda boleh buat nak elak kejang otot.

Anda boleh sambung puasa enam. Ganjaran tak usah cerita! Tak payah sibuk puasa Isnin Khamis, free-free je dapat puasa setahun.

Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun) 
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll)

2.    Keep your momentum !

Anda pasti pernah belajar fizik. Tak kisah lah dengan sensei Amir atau sensei Ahfo. Tapi, kita semua pasti kenal akan tajuk momentum. Hanya dengan menggunakan equation (p=mv) cukup untuk kita fahami konsep momentum.

Kalau masa ramadan, anda orang paling awal ke surau, teruskan! Kalau masa ramadan, setiap hari anda infaq RM 1 di tabung surau, teruskan walau berkurang sikit, 50 sen ke jadi lah.

Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3.    Keep calm and make a wish !

Kalau raya krismas, deepavali, bahkan hari jadi pun ada ucapan. Hari raya aidilfitri pun ada. Cuma ucapannya lain sikit dari biasa. Mungkin ini kali pertama anda mendengar. Begini bunyinya;

                              تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ 
Maksud:
Semoga Allah menerima (amalan di bulan ramadan) daripada kami dan daripada anda

4.    Bergembiralah di hari-hari syawal !

Mungkin ada antara kita, yang bersedih hati perginya syawal. Betul lah tu kita harus bersedih perginya bulan yang amalan kita diganda-ganda.

Tapi, bagaimana kalau saya katakan pada anda perasaan itu berlaku kepada mereka yang tidak menggunakan ramadan itu sebaik mungkin. Jadi, mereka menyesal dan teresak-esak di pagi Syawal.

Anda yang sudah buat sehabis mungkin, pasti akan berasa lega ibarat penat berlari merentas desa dan menang no satu gitu. Anda akan berasa puas ! Betul ?

…….Dan bagi orang yang berpuasa ada dua macam kegembiraan: Pertama ketika dia berbuka (Aidilfitri) dan kedua ketika dia bertemu dengan tuhannya……
(Sahih Muslim 1118)
..BraderJepp..

Alhamdulillah, brader jepp dapat meneruskan kerja2 dakwah ini di dalam kolum buletin di tempat belajar braderjepp. Harap anda dapat berikan semangat dan dorongan agar braderjepp terus tsabat di jalan ini. Biizdnillah..



Friday, 21 June 2013

Apa..? Malaysia masuk FIFA...?

Malaysia..? FIFA..?

Hari mendung, langit suram, matahari menunduk, awan menangis, petir merintih, meratap sedih seperti anak kehilangan ibu, suami kehilangan isteri. Seolah-olah mereka memahami diriku.

Hidup suram, tiada pedoman, hilang arah tujuan, tanpa pegangan, mencari sesuatu yang hilang agar hidup kembali gemilang, jauh dari maksiat jahiliyyah.

Aku terus membawa diriku. Terus ke alam yang aku tak pasti di mana. Tetapi, jauh dari rahmat tuhan, petunjuk Rabb. Namun, jauh dari lubuk hatiku. Aku ingin ‘mencari kembali’. Suatu sinar yang aku pernah merasainya, menikmatinya.

Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Fuhh! Sungguh enak, lazat, dan mengeliurkan. Tapi aku leka, aku alpa, makhluk durjana itu takkan pernah kenal erti mengaku kalah. Untuk menyesatkan musuh tradisinya.

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
(Al-A’araf,7:17)

Hamdi sudah memberi amaran kepadaku. Entri untuk diisi di kolum buletin edisi ke-29. Aku mengendahkan dia. Diri yang kembali bergelumang dengan maksiat jahiliyah ini merasakan tidak layak untuk bercerita, apatah lagi mahu berdakwah dengan pena. Nanti, orang kata perasan pula!

Hari jahiliyah ku teruskan dengan meng’scroll’ muka buku. Tiba-tiba, aku terperasan satu post di group ‘MariJelajahHavardEastPantai’ !

‘Remember! Remember! Jangan lupa kita dah masuk 1 rejab hari ni. Antara peristiwa yang berlaku pada bulan rejab ialah peristiwa israq mikraj iaitu pada 27 rejab. Shouldn't we start from now to prepare ourself to greet Ramadan this year?’

Hatiku terpanah, jantung berderai, jiwa remuk! Pernah aku bercita-cita, mengejar suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Namun, usaha ku langsung tidak menggambarkan ianya adalah cita-cita. Dan, akhirnya ia terkubur sebagai angan-angan.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar,39:53)

Mataku berlopak. Menahan air terjun ingin jatuh mambanjiri pipiku yang kemerahan. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Sungguh tak sangka begitu luas rahmatNya. Walau dosa ku sebesar dunia ini sekalipun akan DIA hapuskan. Jika aku kembali padaNya sebelum kembali buat selamanya.

Mungkin ini petunjuk dari DIA. Sungguh! Dia yang memilih untuk siapa diberikan petunjuk. Jalan aku masih panjang, takkan aku berhenti di sini. Dengan lafaz agung, aku mulakan kolum bagi edisi ke-2 ini. Bismillah…

JOM MENANAM!

Anda pernah membantu ibu atau nenek anda bercucuk tanam di kebun belakang rumah? Atau  sekurang-kurangnya pernah anda bermain permainan ‘farm ville’ di laman muka buku?

Tapi, apa kaitan nak menanam dengan bulan Rejab ini. Mana lah ada kebun nak menanam dekat MJII ni. Kalau ada pun, semua untuk student OISCA. Lagipun, takde masa laa student MJHEP nak bercucuk tanam laa apa laa. Shukudai, test, report. Huish! Tak cukup tangan ni.

Anda pernah dengar ulama feymes al-Balkhi bercerita tentang rejab. Mudah analoginya!

Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya.
(Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi)

Kita inginkan hasil yang lumayan, yang menguntungkan. Tapi kita malas nak berusaha dari awal. Ibaratnya sama seperti kita target untuk mendapat  dean’s list, tapi usaha kita tidak melayakkan untuk mengejarnya. Inilah yang saya katakan tadi impian yanh hanya tinggal angan-angan.

Seperti Mat Jenin; yang melakar impian di atas pokok untuk menjadi orang kaya dengan sebatang pokok kelapa di hadapan rumahnya. Namun sayangnya, dia tidak terus melaksanakan. Dia hanya melayan impiannya tanpa usaha sedikit pun. Akhirnya, impian tinggal angan-angan Mat Jenin.

Cuba anda bayangkan, Mat Jenin terus turun daripada pokok itu, dan terus menjual kelapanya. Saya yakin dan amat pasti dia akan menjadi seorang yang amat kaya sehinggah mampu menjadi perdana menteri pada masa itu. Sungguh!

Ya, sama seperti Rejab ini. Jika anda mahu pastikan anda mampu untuk mengutip seberapa banyak ‘buah’ pada Ramadan nanti, make sure anda harus menanam benih-benih yang baik pada Rejab ini.

Dan, pada Syaaban pula korbankan sedikit waktu untuk membeli ‘baja’ dan ‘menyiram dan membaja’ pokok anda tadi. Kemudian, pada Ramadan nanti anda akan dapati anda dapat menuai ‘buah-buah’ yang masak ranum. Bahkan tiada seekor ulat pun dapat mengusiknya.

Anda tahu untuk apa buah itu? Ya, tepat! Untuk bekalan tatkala anda ‘lapar’. Saat anda dan saya dan kita semua sedang memerlukan sesuatu untuk kita berjumpa DIA dia sana suatu hari nanti. One fine day!

“Alaa, Ramadan tu kan lambat lagi. Sempat je kut kalau 1 Ramadan nanti kita start. Terus sprint!”

Persoalan sekarang, adakah anda yakin anda mampu untuk memecut laju seperti Usain Bolt atau Asafa Powell? Bimbang nanti tersungkur pula dek kerana terlalu laju mengejar.

Baiklah, analoginya mudah. Anda bayangkan K.Rajagopal menyasarkan Malaysia akan ke World Cup 2018. Tapi, K.Rajagopal ingin memulakan sesi pemilihan dan latihan untuk pemain pada tahun 2017.
Saya rasa, tak payah tanya anda sudah dapat meneka jawapannya.

Tepat! Malaysia tidak akan layak untuk memasuki World Cup 2018! Dan selamanya tidak akan maju bola sepak Malaysia tanpa perancangan dan persediaan yang rapi.

Jika anda, saya dan kita semua ingin melakukan sesuatu yang BESAR. Kena laa training dari awal. Bahkan Datuk K.Rajagopal sekali pun, jika ingin skuad bola sepak Malaysia ke arena World Cup 2018, Beliau perlu bertindak sekarang. Mencari pemain muda, menubuhkan akademi bola sepak, hire jurulatih yang berpengalaman, dan peluang Malaysia untuk ke World Cup 2018 dapat tercapai.

Begitu juga dengan hasrat anda tadi. Ingin mengejar malam seribu bulan! Takkan dapat diperolehi jika anda tidak bersedia, jika saya tidak training daripada sekarang dan jika kita masih menagguh hingga ke saat terakhir. Takut silap-silap terlepas ke Syawal.

BraderJepp 

Saturday, 8 June 2013

Kata anda da'ie, tapi...

Tapi...

‘DA’IE!’


Seram sejuk mendengarkan perkataan itu. Bukan perkataan biasa. Tapi, suatu gelaran yang tidak semua boleh dapatkan. Bukan seperti gelaran dato’, tan sri atau datin berseri-seri. Tidak boleh di jual beli. Ia juga tiada di tepian pantai. Eceh…

Ya, sungguh! Ia satu gelaran yang pada saya, di dalamnya terdapat dua macam, dua jiwa, dua bagai perasaan yang sukar untuk digambarkan. Aduh!

Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’)
(Hadis Riwayat Muslim)

Satu, apabila anda merasakan anda layak digelar DA’IE. Maka, pastinya hidung anda akan sekejap-sekejap kembang kempis dek kerana terasa bangga. Seakan-akan Rasul junjungan itu, bercerita tentang anda. Hewhew…  

Anda tahu bukan! Zaman ini, zaman fitnah ini! Islam itu, tidak lagi dipandang mulia. Tidak lagi dijadikan cara hidup. Bahkan ada yang bukan main susah untuk mengamalkan hidup dengan islam. solat entah kemana, puasa melencong ke sini dan ke sana! Aduhai…

Dan zaman akhir ini lah, manusia sejagat. Bahkan, orang islam sendiri pun sudah menganggap islam ini sangat ekstrim! Mereka yang menjaga solat, puasa dianggap ekstrim.

 Mereka yang menghidupkan sunnah Muhammad s.a.w dipandang ekstrim! Mereka yang berbulatan, merelakan diri ditarbiyah, dan memaksa diri berdakwah dituduh EKSTRIM, kolot dan loser. Sobs…

Kedua, hanya anda, yang faham di sebalik semua ini! Akan terasa diri anda bertanggungjawab dan dengan muka selambanya mengangkat tangan tinggi-tinggi untuk volunteer, menggelar diri sendiri.

Ya, aku lah DA’IE!

Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu
(At-Tahrim,6:66)

Hiraukan segala tuduhan, bisikan, dan tohmahan. Anda harus bangkit! Pekakkan telinga, butakan mata, bisukan bicara. Teruskan berjalan! Sungguh, anda di jalan yang benar. Bantu diri, ibu, ayah, adik, kakak, abang, sahabat dan taulan, sanak dan saudara! Bantu mereka, keluar dari rumah terbakar ini!

Tapi, di sebalik semua ini. Ada sesuatu, kita terlepas pandang. Ada seperkara kita, terlupa toleh. Anda, saya dan kita semua alpa, leka dan mamai.

Ya, kita menggelar diri kita ini seorang DA’IE! Tapi, kenapa kita masih…

1)      Kita kata, kita da’ie, menyampaikan al-Haq! Tapi, kita masih bermain ala-ala ‘one-two’ dalam permainan bola sepak antara jahiliah dan tarbiyah dakwah. Padahal, dah mmg terang lagi bersuluh. Setitik kordial pun, even rasa air tak effect, warna air pasti berubah!
2)      Kita kata, kitalah khalifah allah sejati, tapi nak tegak berdiri, di malam hari, bersendiri dengan ILAHI (Eceh, macam pantun), alahai… bukan main payah. Bahkan, nak tolak selimut tak sampai sekilo tu, sampai sejam baru boleh bangun subuh. Sobss…
3)      Kita kata, kita ikhwah sejati, akhawat berdedikasi! Berdaurah sana sini, muhayyam ke sana ke mari. Tapi, dengan ikhwah dan akhawat  yang lain, tak boleh kena nasihat, sepatah tegur, amekaw! Seratus empat belas dia lawan balik. Sekali ikhwah dan akhawat bertukar pendapat idea. ‘Eh, tak boleh! Idea aku je betul ni!’. Amboi.., bukan main takabbur…
4)      Kita mengaku, kita mengikut tarbiyah, kita berdakwah, berada di jalan ALLAH. Tapi.., kita terleka. Kita masih bertepuk tampar, berkenyit-kenyitan, senggol-senggolan sesama ikwah-akhawat. Masih, ber’hye-hye byebye’ ikhwah dan akhawat, terbahak-bahak sampai tak tahan pundi menahan air. Habis hilang, punah, berderai segala tarbiyah dan dakwah.

Brader, sister, ikhwah dan akhawat! Sedar lah! Anda bukan orang biasa, tahu? Anda adalah DA’IE! Membawa tugas nabi. Apa ingat dakwah tu kerja nabi, ustaz, murabbi, atau naqib sahaja?

Haa, tahu pun. Kita semua sedar, kita bukan orang biasa. Kita KHALIFAH, kita DA’IE! Tak malu ke, orang kata nanti…

‘Eh, dia tu bukan budak bulatan gembira ke. Sama je macam kita. Buat penat je laa, seminggu dua jam merelakan diri ditarbiyah’

‘Timah, kau tahu? Si Melah tu, alaa budak usrah tu… Bukan main tiap-tiap malam tidur lambat, bergayut macam monyet! Dengar kata dengan si Jamil pulak tu, budak usrah juga…’

‘Oiii Milah, kau tengok tu Samat tengah borak manja dengan Jijah. Mak oiiii, geli aku. Siap dengan senyuman menggoda lagi…Eh, bukan dia geng ‘bolat-bolat riang’ ke?

Ergh! Jepp? Merah mata tu, tidur lambat ehh semalam…

Jujur saudara, saudari. Saya sedih, dengan sikap saya. Dan anda juga patut kecewa jika kita masih belum keluar dari kepompong jahiliyah ini. Memang, kadang kala tak perasan.

Dan itulah gunanya, sesama ikhwah, sesama akhawat. Saling menegur. Bukan antara ikhwah dan akhawat. Errr, takut nanti jadi lain pulak kan…

‘Tapi Jepp, kitorang saling beringat apa, saling tukar tazkirah, tukar ayat, hadis. Siap ingatkan suruh solat, puasa sunnat, miss call suruh qiam lagi bro, kau ada? Calon Baitul Muslim kut!’

Uhuk! Ada seterepsil tak?

Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
(Al-A’raf,7:17)

Hmmm, nak tanya boleh? Anda yang sedang membaca umur berapa? Cer komper siket ngn umur si iblis tu. Ha, tahu pun. Kalau dia nak goda orang yang baik, yang aktif, agresif ber’tarbiyah dakwah’ ni. Takkan dia pakai, cara biasa-biasa.

So, what should we do?

Haa! Tepat sekali! Mencegah lebih baik dari merawat kan?

So, tunggu apa lagi ikhwah akhawat? Tinggalkan jom semua tu? Takpe laa, orang kata ekstrim ke apa. Dapat title ghuraba’ weh! Sapa nak bagi? Nabi je bagi, rebut laa apa lagi? Hehe

-BraderJepp- 

P/S: Sungguh! Ini bukan lah teguran kepada anda. Ini adalah catatan buat diri sendiri. Jika ada yang baik jadikan ibrah. Hanya ini yang termampu untuk bersama mengejar redhanya. Allah berfirman:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga `Adn" serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
(At-Taubah,9:72)

Syurga kan besar? Saya taknak masuk sorang-sorang. Uhibbukum fillah! Err, ikhwah sahaja okeyh! Hehe..

Kenapa lebah..?

Be like a bee! HIDUP MULIA atau MATI SYAHID!!



Bzzzz…(bunyi lebah).

Weh, lebah weh! Lari!!!

Itu lah kebanyakan budak kampung mengalami ketika zaman nakal kanak-kanak mereka. Orang dah kata sarang lebah jangan di jolok, pergi jolok siapa suruh. Haaa…

‘Errr, peribahasa tu bukan tebuan ke..? Salah fakta ni…'

Ok, maaf. Dulu saya tak malas belajar peribahasa masa kelas BM. Tapi, buan peribahasa ini saya nak ceritakan. Heh

Anda pernah dengar tentang sengat sang lebah ni? Cukup menarik! Sungguh!

Lebah pekerja( nama spesis lebah) ini, takkan menyengat orang sesuka hatinya. Mereka hanya akan menyengat bila ‘tanah tumpah darah’ mereka di cabuli oleh manusia yang rakus inginkan madunya. Errr, saya rasa anda sudah tahu yang ini…

Tapi, saya yakin, pasti dan tiada sangsi lagi tidak ramai yang tidak tahu tentang sengat sang lebah ini. Sejurus selepas lebah-lebah ini mengeluarkan sengatannya kepada tubuh anda, bukan saya. Diibaratkan mereka telah menghembuskan nafas terakhir.

‘Gulp! Biar betul  dorg sanggup buat macam tu. Kalau aku, haish…. Tak sanggup laa. Baik lari pergi buat sarang baru’

Amboi, anda ingat senang nak bina. Cuba tera buat skek! Cakap boleh la..

Okay, Jepp! Control marah siket… hehe

Baik? Persoalannya? Anda ada terfikir kenapa mereka sanggup melepaskan ‘nyawa’nya? Sedangkan mereka punyai banyak lagi pilihan? Anda terfikir?

Tidak! Anda yang berfikir sebegitu ternyata salah dan sama sekali tidak benar!

Anda tahu kenapa..?

Sang lebah ini, sebenarnya punyai dua pilihan sahaja! Itulah, HIDUP MULIA atau MATI SYAHID!

‘Errr, lebah pun ada mati syahid eh? Wow! Sungguh cool dan osem!’

Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
(Ar-Ra’d,13:3)

Sekarang anda pergi depan cermin. Lihat diri anda. Sudah? Siapa lebih hensem? Lebah atau anda? Siapa lebih osem dan bergaya? Lebah atau anda?

Errr, saya rasa anda tersalah ambil cermin. Bukan cermin tu. Ambil cermin ‘hati’. Haaa, yang tu lah. Itu lah, cermin ‘iman’!

Antara  anda dan lebah? Siapa yang DIA telah melebihkan dari segi ciptaanNYA. Anda lah! Anda yang diberi  akal untuk berfikir. Untuk menilai apa yang baik. Dan apa yang buruk. Dengan akal juga lah anda harus gunakan untuk bertindak! Tapi ingat harus dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Kalau sang lebah, mampu bertindak sedemikian. Walau tanpa akal dikurnia. Habis kita? Diberi kelebihan akal, apa tindakan kita? Apa yang kita lakukan bila ‘kiblat pertama’ di cabuli? Berdiam diri? Mendengar  TV3 sambil menggeleng-geleng kepala. Itu sahaja anda mampu?

Saya rasa, lebih baik anda, saya dan kita semua jadi lebah. Dan biarkan lebah itu sahaja yang berjihad ‘menyengat’ pengacau-pengacau baitul muqaddis itu!

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(At-Taubah,9:39)

Anda lihat sejarah dahulu. Bagaimana kaum nabi nuh diberi tanggungjawab yang sama seperti kita sekarang ( baca: Kau lah!! Siapa lagi?... ), tapi apa mereka buat. Mereka mengabaikan tugas itu. Anda tahu apa jadi?

Jengjengjeng!!! Huish seram pulak! Hujan lebat turun, banjir! Dan mereka ditukarkan pula dengan kaum nabi Hud untuk menerima tanggungjawab yang sama.

Dan begitulah terjadi seterusnya. Sehingga kaum kekasih ALLAH, nabi Muhammad s.a.w.  diberi tugas ini. Jadi persoalannya, adakah anda, saya dan kita semua ingin sejarah ini berulang. Anda mahukan kita ini kemudiannya ditukarkan kepada kaum seterusnya.?  

…..Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan….
(Al-A’raf,7:69)

…..Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum ‘Aad, dan ditempatkan kamu di bumi…..
(Al-A’raf,7:74)

Apa anda mahu lihat selepas ini, kita semua ditimpakan aab seperti kaum dahulu? Kemudian, lebah-lebah tadi pula yang akan menggantikan kita. Mempertahankan al-Aqsa, mengorbankan nyawa untuk baitulmaqdis. 

Segala terpulang kepada kita. Ya! Anda! Saya! Kita semua! Siapa kita? Kita lah, hamba dan khalifahnya! Abdullah wa Khalifatullah! Kalau bukan kita? Siapa lagi? Jangan biar lebah mengganti kita! Biar kita yang terakhir memegang tanggunjawab dan amanah yang sumpah berat ini.

So, laksanakan tugas ini sebaik mungkin! Ayuh! Rakan, taulan, ibu, ayah, cikgu, Perdana Menteri, Sultan, Raja, hatta makcik café atau pakcik tolong sapu sampah dan semua yang bergelar umat MUHAMMAD! 

Kita bantu, support, hulurkan apa yang termampu, paksa diri, untuk terlibat dalam membantu sahabat kita di palestin! Yang mengorbankan diri seperti LEBAH menjaga kiblat pertama kita!

JOM!!! 

-BraderJepp-